Keinginanku
Wahai tuhanku, aku ingin sekali mencari diriku. Aku yang lemah ini sangat perlukanMu walaupun ada ketika aku melupakanMu. Ingin sekali aku sentiasa berada dalam pelukanMu. MengingatiMu, menyedari akan kewujudanMu. Bahawa Engkau sentiasa dekat bersamaku. Aku adalah insan yang pelupa. Ya Allah, ajar aku untuk meluahkan segalanya kepadaMu kerana hakikatnya Engkaulah yang sangat memahamiku. Demi kasihMu padaku, ampunilah daku.
Comments
Post a Comment